Want your
own Fotopage?








 
.:: From Penang With Love ::.

By: Mr Ein twenty twenty

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Thursday, 29-Apr-2010 05:13 Email | Share | | Bookmark
BERPINDAH

 
 


PERHATIAN
Sukacita dimaklumkan saya telah berpindah ke http://mr-ein.blogspot.com/. namun begitu segala kandungan didalam fotopages ini akan kekal sebagai kenangan masa-masa lalu

Apapun terima kasih kerana melawat..jika masih berminat sila melawat alamat diatas.

sekian, terima kasih


mr.ein (29-4-2010)


Add comment


Monday, 14-Dec-2009 09:48 Email | Share | | Bookmark
Aidil Adha 1430 H / 2009 M

 
 

gambar ibadat korban kat rumah mertua di Jerteh, Besut, Terengganu.. walaupun lain sket dari kat kampung sendiri..ini semua pengalaman gak
tuh anak sedara aku yang dari KL berani2 tak je nak amik gambar dgn orang sebelih lembu ehehe


nih pulak kutu2 yang tak tau bersabar masa balik ke destinasi (lepas 2-3 hari raya) tak tau la apa yang diorang belajar dari ibadat korban nih.. semua mencari nahas untuk 'mengorbankan' diri dan orang lain. kalau dia sorang takpe jugak..ini tidak bakal menyusahkan orang lain dan membawa kesedihan kepada keluarga sendiri dan keluarga orang

>> i am back...
>> fp up and running again...

>> selamat tahun baru 2010...
>> semoga 2010 akan menjanjikan sejuta kebahagiaan dan kejayaan buat anda...
Mon 18-Jan-2010 05:24
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
tak perlu nak terkejar2 kalau akhirnya hanya ke alam barzakh. Wed 3-Feb-2010 03:34
Posted by:Tuah  - [Link]
555yxj
Republicans over the country didn’t bolted the final nationalized cafe chain Company that’s recently increased originating from obscurity which will pops up nation’s polls along with Romney.
Sat 7-Apr-2012 06:05
Posted by:Air Jordan 12  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Monday, 16-Nov-2009 03:52 Email | Share | | Bookmark
Pameran Gelagat dan Telatah Permainan Tradisional

 
 
 





Salam,tumpang iklan..
Berminat dengan busana muslimah...
Jemput ke http://ummyfaqihahibni.fotopages.com txs
harga boleh di runding..
Fri 20-Nov-2009 11:20
Posted by:ummy  - [Link]
arrramakkkkk my favourite cartoonist daaaa


Entryku kali ini

Sahabat dicari bukan seteru
Tindakan jangan terburu-buru
Pulang dengan semangat baru
Terima kasih kepada guru
Sun 22-Nov-2009 14:46
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
555yxj
Republicans over the country didn’t bolted the final nationalized cafe chain Company that’s recently increased originating from obscurity which will pops up nation’s polls along with Romney.
Sat 7-Apr-2012 06:05
Posted by:Monster Beats  - [Link]
Add comment


Thursday, 12-Nov-2009 06:54 Email | Share | | Bookmark
Anggur Perlis (Black Queen)

 
 
 
View all 7 photos...














Nota Tambahan
Ladang anggur terletak di Sg. Batu Pahat dan Lawatan ke ladang perlu mendapat kebenaran Jabatan Pertanian Negeri Perlis

salam en. Mad. Camne nak ke sini ar?? Mon 23-Nov-2009 02:51
Posted by:liz
Add comment


Thursday, 22-Oct-2009 06:23 Email | Share | | Bookmark
Kampung Budaya Sarawak

 
 
 
View all 11 photos...
Jalan-jalan Sarawak kali ini membawa ke kampung Budaya Sarawak, ia terletak di kaki Gunung Santubong (35 Km dari Kuching @ 40 minit la lebih kurang)...

cara ke sini mudah saja sama ada mengambil teksi, ejen pelancongan atau menggunakan shuttle hotel (untuk yang sediakan la) kalau tak... boleh je naik teksi / van pengankutan awam (RM 20 lbh kurang..) tgk gaya ler..kalau nasib tak baik mahal sikit

bayaran masuk adalah RM 60.00 (dewasa) / RM 30.00 (kanak2 berumur 6-12 tahun).. untuk local.. murah sikit.. dan bagi yg bertugas di sarawak dan ada "passport" biru tu boleh dapat local price (dengan syarat kena bawak "passport" tu) kalau tak bawak.. alamatnya full price jugak la ehehe


yang pasti semua orang yang masuk dapat la satu passport coklat nih + satu sticker lengan. .. tujuannya adalah untuk menunjukkan arah dan rumah2 dan kawasan yang perlu dilawati.. sampai jer boleh cap passport tu dgn logo2 tempat yang dilawati tu


dalam passport tu ada peta nih.. so kita ikut la route yg disediakan nih...

sebelum tu..kalau dahaga boleh minum dulu kat kafeteria yg ada di ruang atas berdekatan auditorium (surau ada di bawah kafeteria nih ) pemandangan dia cantik jugak..tapi ingat kita datang bukan nak minum.. ingat ..mahal tu bayaran masuk..so mesti memaksimumkan masa yg berharga ni


kalau kita ke balcony kafe nih kita akan nampak 'totem' atau tiang berukir kat bawah menyambut tetamu..


tarikan utama disini adalah rumah2 tradisional serta persembahan kebudayaan masyarakat etnik Sarawak, foreign tourist memang suka ni, boleh menari sekali


di rumah penan kita boleh la tunjuk skil menyumpit tersembunyi kita tu... (kalau dulu2.. zaman cave man kira skilled hunter la tu ehehe)



lepas tu kita ke rumah bidayuh pulak.. macam2 ada sini.. dalam perjalanan tu kita boleh cuba jambatan buluh (teringat masa zaman bebudak main 'titi' nih ) . disini ada juga dijual sedikit sebanyak kraftangan etnik bidayuh.

masa sampai nih pakcik ni tengah dok ukit tabung anak sumpit (dia tengah ukir design "1Malaysia" pada buluh tu) sambil tu menceritakan pengalaman beliau sejak Kampung Budaya ni dibuka disamping pengalaman menyertai pameran2 kebudayaan di dalam negara dan ke luar negara.

katanya beliau pernah mke Hulu Tembeling dan belajar juga ukiran di sana.. kalau yang ingin berbicara panjang boleh sembang dgn pakcik nih..ramah n banyak cerita yang dapat di dengar (Nama terlupa nk tanya pulak ekekeke )

sambil tu masa tak boleh dibazirkan kerana ia berlalu begitu pantas sekali..banyak lagi tak lawat..so snap gambar bersama pakcik n mak cik ..n terus ke destinasi seterusnya,,


di rumah panjang Iban pula kita disajikan dengan persembahan muzik tradisional..selain pengunjug boleh menyewa kostum untuk bergambar dengan pakaian tradisonal.. kalau bernasib baik boleh tengok akak nih menenun kain pua secara tradisional... uuu..




seterusnya kita ke rumah orang ulu..huii tinggi rumah nih..n keadaannya juga nampak selesa...corak hiasan didinding juga amat menarik.. ketinggian nih juga membuat kita terfikir camana la nak tegakkan batang balak yang besar dan berat nih nak buat tiang masa dulu2 ye..



disamping tu juga kita boleh cuba kuih tradisi orang ulu..ape nama tah.. ia dibuat dari ubi kayu dan digoreng..


selain tu..ada juga rumah tinggi melanau..menarik rumah nih..sangat tinggi dan didalamnya pun ada lagi 3 atau 4 tingkat lagi... menakjubkan bagaimana manusi bina rumah macam nih..yg paling menarik ianya di negara kita sendiri MALAYSIA (tapi sayangnye bateri pulak dah "kong" masa nih..jadi takde la gambar ..seterusnya rumah melayu (biasa la typical Malay house..semua orang dah tau) tapi takpe..warisan mesti dijaga maajun pun ada jual sini ehehe ..seterusnya rumah ladang cina..(ada manik2 ..sarang burung dsb)

Akhir sekali semua pengunjung mesti menonton Persembahan kebudayaan...(diadakan pada pagi (11.30 pagi) dan petang (4.00 ptg) sahaja..jadi time mesti la rancang kalau nak datang sini


lepas tu tibalah masanya nak balik.......then mula la satu masalah..takde teksi/ atau van penumpang yang biasa.. yg ada hanya Shuttle persendirian (di hired oleh hotel dan pakai kupon).. setelah berbincang dengan brader driver tu..dia pun setuju bawak ke Kuching (RM 20.00 sorang) , kerana kebetulan vannya kurang penumpang dan hendak ke Kuching (Masa dah 5.00 pm ) ..huh selamat..

moral of the story kena la prepare betul2 bab transportation nih biasanya pagi dan tengahari tu van biasa masih ada..kalau petang tu masalah sikit kerana van penumpang persendirian hanya beroperasi sehingga 5.00 ptg je.. baik datang pagi

Entryku kali ini

Buah kuini di atas meja
Letak bersama si buah mangga
Mainan bukan untuk si kecil sahaja
Yang besar panjang nak merasa juga
Thu 5-Nov-2009 16:10
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Pernah juga ke situ dulu, memang seronok kalau kali pertama.....................

Gambar-gambarnya cantik.
Tue 17-Nov-2009 14:03
Posted by:AWangje
555yxj
Republicans over the country didn’t bolted the final nationalized cafe chain Company that’s recently increased originating from obscurity which will pops up nation’s polls along with Romney.
Sat 7-Apr-2012 06:05
Posted by:Nike Free Run  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Thursday, 15-Oct-2009 10:03 Email | Share | | Bookmark
Kek Lapis Sarawak

 
 
 
Kalau ke Sarawak memang tak sah la kalau tak beli kek lapis .. ada dijual merata tempat terutamanya di kaki lima kedai-kedai area Waterfront . Salah satu kedai kek lapis yang terkenal di Sarawak dan dikalangan orang-orang semenanjung yang berkunjung ke Sarawak adalah Kedai Kek Lapis Dayang Salhah.



disini terdapat berbagai jenis kek lapis yang ditawarkan ( ni sebahagian dari jenis swiss roll) very colourfull la.. yang paling best kita bleh rasa (makan ) semua jenis kek lapis sebelum beli (kecuali yg jenis mahal ler) .. cuma air jer tak disediakan ehehehe


cara termudah nak ke kedai nih adalah dengan naik sampan (ada enjin) dari Waterfront Kuching ke Kampung Boyan (kedainya di Kampung Gersik...ala..sebelah je) di seberang sungai. Tambang 50 Sen jer..(ada lebih kasi lebih la..kesian pakcik tu ) . jalan lain adalah dengan kereta/teksi.. tapi jauh sket n kosnya tinggi la


Kek lapis Sarawak memang cantik & sedap . . . mcmana la org yg mula2 buat kek ni bolek terfikir sampai terlebih kreatif . Tue 20-Oct-2009 15:04
Posted by:RnZ Photo JB  - [Link]
Belstaff On Sale,http://www.belstaffonsale.org.uk Sun 1-Apr-2012 18:24
Posted by:zppvjc  - [Link]
555yxj
Republicans over the country didn’t bolted the final nationalized cafe chain Company that’s recently increased originating from obscurity which will pops up nation’s polls along with Romney.
Sat 7-Apr-2012 06:06
Posted by:Nike Lunarglide  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 16-Sep-2009 07:13 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 H @ 2009 M

 

salam aidilfitri Mon 28-Sep-2009 01:20
Posted by:azam  - [Link]
salam syawal, maaf kalau ada terlebih terkurang

Entryku kali ini

Kampong halaman menggamit mesra
Buat perantau yang jiwa tersiksa
Kenangan Syawal masih terasa
Meriah suasana gembira senantiasa
Mon 28-Sep-2009 04:28
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
555yxj
Republicans over the country didn’t bolted the final nationalized cafe chain Company that’s recently increased originating from obscurity which will pops up nation’s polls along with Romney.
Sat 7-Apr-2012 06:06
Posted by:Nike Lebron 9  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Friday, 4-Sep-2009 23:19 Email | Share | | Bookmark
Welcome Home MALAYSIA 1st Submarine - KD Tunku Abdul Rahman

 
 
 
View all 5 photos...
Sejarah telah tercatat pada hari ini..

Kapal selam telah tiba

(Gambar dari yahoo)

YDP Agong bersama2 DYMM Sultan Selangor & PM melawat

(Gambar dari Berita Harian online)

Cover Utusan Malaysia melaporkan kepulangan KD Tunku Abdul Rahman


Pos Malaysia juga telah mengeluarkan SETEM kapal selam nih.. berharga RM 0.30 dan RM 0.50 ( dua design ) ni salah satu ler.. seb baik brader Pos tu nak jual n bagi sekali dgn design kat bawah lembaran setem nih..


setem KD Tunku Abdul Rahman

555yxj
Republicans over the country didn’t bolted the final nationalized cafe chain Company that’s recently increased originating from obscurity which will pops up nation’s polls along with Romney.
Sat 7-Apr-2012 06:06
Posted by:Nike Eclipse  - [Link]
JJ
Do not, for one repulse, give up the purpose that you resolved to effect.
Wed 9-May-2012 00:44
Posted by:nike free run  - [Link]
Add comment


Thursday, 20-Aug-2009 06:41 Email | Share | | Bookmark
Selamat Berpuasa Semua



RE:

nonvespa: Terima kasih.. semoga kita dapat mengharunginya dengan penuh keinsafan, InsyaAllah

salam ramadhan bro ... Thu 20-Aug-2009 12:44
Posted by:nonvespa  - [Link]
Add comment


Wednesday, 22-Jul-2009 11:04 Email | Share | | Bookmark
Kiambang

Biduk lalu..kiambang bertaut :)
kiambang



Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com